Sunday, 8 April 2012

Mini Pizza

Caution.. HOT!

(Adunan ini boleh menghasilkan 10-12 keping mini Pizza saiz tapak tgn budak 5tahun)
Bahan-bahan : 

Untuk doh : 

  • 250 g tepung roti / tepung gandum
  • 2 sb susu tepung
  • 1 1/2  sudu kecil yis mauripan
  • 160 ml air suam
  • 1 sudu kecil garam halus
  • 1 sudu besar butter
  • 2 sudu kecil pelembut roti
  • 2 sudu besar gula
Topping :
  • sosej
  • sos tomato
  • mayonis
  • Mozarella Cheese
  • sos cili
Cara-cara :

boleh buat ikut kreativiti anda..
ini utk  adik and ank2 buah sy.
  1. Satukan yis bersama air dan gula. Rendamkan sebentar sehingga berbuih.
  2. Satukan kesemua bahan selebihnya di dalam bekas dan ratakan.
  3. Kemudian satukan langkah 1 dan 2. Uli sehingga menjadi doh yg licin dan elastik.
  4. Perapkan doh di dlm bekas yg bertutup dgn kain lembab selama 1 jam.
  5. Keluarkan doh dan tumbuk2kan sedikit utk mengeluarkan angin dan uli lagi.
  6. Bahagikan doh kepada beberapa bahagian dan canaikan bulat.
  7. Sediakan tin/dulang pembakar yg sudah digriskan dgn mentega/minyak zaitun. 
  8. Susunkan doh di atas dulang tadi. Cucuk2kan doh dgn garpu.
  9.  Biarkan doh naik sebentar selama lebih kurang 20 minit.
  10. Panaskan oven pd suhu 180C. Bakar doh selama 5-7 minit.
  11. Keluarkan doh dari oven. Sapukan permukaan kulit piza dgn sos tomato, diikuti mayonis, sosej, keju parut dan oregano. Bakar lagi selama 10-15 minit.
  12. Hidangkan dgn sos cili dan mayonis.

No comments:

Post a Comment

Post a Comment