(For
4-5 serving)
Bahan-bahan
A (Macaroni):
1 peket macaroni
2 sudu besar minyak masak
Bahan-bahan B (Sup):
5 ulas bwng merah / 1 biji bwng besar saiz kecil
3 ulas bawang putih
1 ibu jari halia
1 ekor ayam dipotong kecil2 (dada sahaja)
1 batang lobak merah (saiz sederhan dan dihiris
bulat2)
1 potong pokok kobis bunga
1 potong pokok brocolli (option... tapi kalau
letak, sup jadi lagi sedap!!)
2-3 biji ubi kentang (dipotong kecil2)
1/3 peket rempah sup (campur sikit dengan air
supaya jadi likat)
1
sup bunjut
2
kiub ayam knorr
sedikit
minyak masak untuk menumis
garam,
ajinomoto dan gula secukup rasa
1
pokok daun sadri & bawang goreng untuk hiasan
Bahan-bahan C (Kicap):
5 sudu besar Kicap Masin
1
sudu besar Kicap Manis
5-6 ulas cili padi (nak lagi pedas, tambah cili
lagi..)
Cara2
membuatnya:
A.
Macaroni ·
Rebus
air dalam periuk hingga mendidih.
·
Lepas
tu masukkan macaroni tadi ke dalam air yang mendidih tu bersama-sama
minyak. Tujuannya supaya macaroni tu tak
melekat dengan periuk tadi. Tunggu sambil kacau macaroni
tu sampai jadi lembut.
·
Bila dah lembut, tapiskan semua macaroni tu
dalam penapis sambil dibilas dengan air paip/air sejuk. Tujuannya supaya macaroni tu cepat sejuk dan
tak melekat.
B. Sup·
Panaskan minyak dan tumiskan bawang merah,
bawang putih dan halia yang telah dipotong hingga wangi dan kekuningan.
·
Masukkan rempah sup yang telah dicampurkan
dengan air tadi dan ditumis.
·
Bila dah pecah minyak, bolehlah masukkan air
hingga paras ¾ periuk tadi.
· Masukkan ayam, sub bunjut dan ubi kentang ke
dalam periuk dan biarkan ubi kentang empuk dan sup tu mendidih. (In between nak
mendidih tuuu.. masukkanlah garam, pak aji, kiub ayam knorr dan rempah-ratus
tambahan contohnya lada hitam kalau nak sup tu pedas sikit. Kalau nak rasa manis2 sikit..letaklah gula.)
·
Bila dah mendidih dan kentang pun empuk,
masukkan sayur-sayuran yang dipotong tadi - kobis bunga, lobak, dan broccoli.
·
Bila sayur-sayuran tu dah masak, bolehlah
dihiaskan dengan sedikit bawang goreng dan daun sadri bagi menambahkan wangi
pada sup tu..
C. Kicap·
Potong
cili padi ikut suka sendiri. Hiris
bulat2 pun boleh. Kemudian, campurkan
cili bersama-sama kicap masin dan manis tadi.
·
Kalau
nak blendkan cili bersama kicap pun boleh.
Ikut
selera sendirilahhh...
Tips:1.
Bila nak makan nanti baru campurkan macaroni
bersama sup dan kicap tuuu... tak dinasihatkan campur macaroni bersama sup tu
sebab macaroni tu nanti serap semua air sup tu ...
p/s: saya kalau masak main campak2
ajer...nanti adjustlah ikut selera masing2.. :-)
No comments:
Post a Comment