Thursday, 10 May 2012

Lala Masak Sos Tiram

Bahan-Bahannya:-

½ kilo Lala½ bawang besar                     
2 ulas bawang putih                    
1 inci halia                                              
5 biji cili padi (ikut suka)     
(bwg besar,bwg putih, halia + cili api- ditumbuk) 
1 btg serai (dititik)
4 sudu sos tiram
2 sudu tomato sos
2 sudu kicap pekat
½ cawan air (boleh tambah jika ingin kuah lebih)
secubit garam
1 biji cili merah / hijau

Cara-cara
1.      Tumiskan bahan-bahan yg ditumbuk dan serai sehingga kekuningan
2.     Masukkan lala dan air biarkan masak sehingga ia separuh terbuka
3.     Masukkan sos tiram, kicap, sos dan garam (atau x perlu sebab sos tiram tu dah masin)

4.     Biarkan seketika dan kacau - masukkan cili hijau / merah sebagai penyeri
5.     Bila lala sudah masak angkat dan siap untuk dihidang.



No comments:

Post a Comment

Post a Comment