Friday, 27 April 2012


What Love Must Be...


By April L. Gerard
Sometimes I wonder,
just what it is that Love must be,
never sure if I've ever understood it...

then I think of all these things
I see, and somehow I realize
maybe I understand it more than most.

The tired hands of an old gent,
laying down fresh bouquets
to show her even in death he still remembers.

A father sending his thoughts,
his encouragement and wisdom
to the children he misses everyday.

the worn feet of someone 
who has walked miles
just to show their gratitude of someone else's kindness.

silent tears hidden at night
shed by the single mother who does
what she can to keep her children safe and warm.

a stranger's gift to another

a hug given without a second thought

a hand held at the hour of midnight

a phone call just to say hi to someone
and it brightens their day because they heard your voice.

A smile...just a simple smile.

These things,
I think that these are the things that Love must be

p/s: my true love is my mom.. 
I LOVE YOU MOMMY... CAN'T WAIT TO SEE YOU.. TO HUG YOU..  OH.. I REALLY MISS YOU MOM..

Asam Pedas Maharani

haa.. ape itu?? penah dgr x?.. sy first time tgk menu ni mmg xtaw ape jenis asam pedas ni.. sbb slalunye dgr asam pedas melaka ke johor ke kn.. huhuhu.. lpas makan tu baru taw asam pedas Maharani ni berasal dr Muar..sbb ade org sblh ckp. huhuhu.. nmpak sgt kitorg bising sampai die blh bg respon kpda persoalan tu.. huhuhu. so, Muarians sure taw la asam pedas ni.. rase die lain sikit dri asam pedas melaka.. kwn sy ckp sbb daun kesum die ltak byk.. sy rase mcm same je.. cume bau die cm lain skit. cm lain yg best taw.. bkn xbest.. huhuhu.. t lau sape2 nk rase asam pedas Maharani ni xperlu pun g ke Muar.. sbb blh mkn kt Kunang-kunang Restaurant, ala kt sblh MRRII tu.. otw ke plaza tol Pantai Timur..
part Resepi plak.. sy xtry wat lagi tp saje nk post kt sni.. t sy da try bru sy masukkn pic ok.

Asam Pedas Maharani
Bahan-bahan
Bawang merah 100gram
Bawang putih 100gram
Halia 50g
image by Encik Google



 
Serai 50g
Kunyit hidup 50g
Cili kering 250g
Asam Jawa 200g
Ikan Merah 500g

Cara;
Kisar bahan diatas kecuali ikan la.. tumis sampai naik minyak.
masukkan air dan perahan asam jawa. tunggu hingga mendidih
lastly, baru masukkan ikan n tggu ikan masak.. lam 5minit je..
sedia untuk dihidang..


Wednesday, 25 April 2012

Sharing Is Caring


KONGSIKAN!

Mungkin dirimu ditinggalkan,
Mungkin dirimu menyendiri,
Mungkin dirimu di kelilingi,
Mungkin kau hanya mencari,
Masih belum kau ketemu,
Kerana kau tidak tahu,
Apa yang sebenarnya hilang.
Mungkin kau bersedih,
Mungkin kau bergembira,
Mungkin kau biasa-biasa saja,
Namun, kosong itu masih ada.
Pernahkah?
Pada satu ketika kau menyendiri,
Tanpa sesiapa di sisi,
Kau merasa sedih, mungkin juga benci,
Benci dengan semua makhluk di sekeliling,
Kerana mereka meninggalkanmu.
Pernahkah kau bersedih kerana diri tidak dipeduli,
Kerana diri tidak sehebat manusia lain,
Lalu di situ kau terduduk,
Menangis samada luar atau dalam hati.
Tiba-tiba terdengar satu suara halus,
Yang memujuk hati agar jangan bersedih,
Yang memberitahumu bahawa kau tidak keseorangan,
Yang meyakinkanmu bahawa awan hitam akan berarak pergi,
Matahari pula akan bersinar kembali.
Dalam masa yang sama,
Ada juga satu suara garau,
Yang menyuruhmu untuk tidak mempedulikan itu semua,
Segalanya mustahil, mana mungkin ada peneman setia,
Yang sanggup mendengar segala keluh-kesahmu,
Yang sanggup memaafkan walau menggunung tinggi dosamu,
Yang sanggup menerima usahamu walaupun tidak sehebat insan lain,
Yang tidak pernah sekalipun menolak untuk berada di sisimu.
Namun, suara halus tadi itu kian sayup-sayup kedengaran,
Kemudian hilang ditenggelamkan suara garau yang menambahkan kebencian di hati,
Tanpa sedar dirimu dikemudi amarah,
Mencari kesilapan, mencari kesalahan.
Mungkin pernah,
Dirimu merasakan tiada gunanya menjadi baik,
Kerana akhirnya kau hanya dikhianati, dibenci dan dicaci maki,
Lalu kau mengalah dan ingin berubah menjadi jahat,
Lalu kau biarkan kerana mahu mengelak dari terluka.


Pernahkah kau terfikir?
Andainya Rasulullah S.A.W juga berpendirian sepertimu,
Mungkinkah Islam akan tersebar ke seluruh dunia?
Oh, itu Rasulullah S.A.W! Bukan aku,
Baginda maksum dan aku tidak.
Buat kau yang bernama diri,
Maksumnya junjungan kita,
Tidak membuatkan baginda bukan manusia,
Baginda juga punya hati juga punya perasaan,
Baginda juga punya perasaan sedih,
Juga pernah mengalirkan air mata.
Pernahkah Rasulullah S.A.W beralasan sepertimu?
Pernahkah Rasulullah S.A.W membiarkan suara garau itu menang?
Meski dituduh pelbagai macam,
Ditohmah dengan pelbagai caci-maki,
Malah diancam bunuh.
Tidak!
Baginda tidak pernah membiarkan suara garau itu menang,
Kerana baginda tahu, suara halus itu,
Adalah kasih sayang daripada Allah,
Yang seringkali insan abaikan,
Yang seringkali dinafikan,
Yang seringkali bergema dalam minda,
Namun jarang sekali dibiarkan terus bergema,
Untuk terus membasahi hati yang dahagakan cinta-Nya.
Kau tahu apa yang kau hilang?
Itulah dia, kau hilang cintamu kepada Tuhan,
Jadi, buat kau yang bernama diri,
Duduk, diam dan fikir,
Dengarlah suara halus itu,
Carilah kembali apa yang kau hilang,
Kerana hanya dengan itu,
Hatimu akan kembali terisi,
Kelak, tiada lagi lubang yang mampu suara garau itu duduki.
“Bersyukurlah andai memiliki hati yang sering dilukai, kerana dengannya kita belajar menjadi seorang yang lebih mengerti, memahami dan menghargai.”

Menu Harian..


Ayam Bakar



Sunday, 22 April 2012

Lempeng lempang... hahaha

Ini adalah salah satu resepi termudah and paling sy suke di saat2 kecemasan i.e. kelaparan yg amat.. sbb senang nk wat n mengenyangkan.. 

yg ni digulung dgn Strawberry jem..


Bahan-bahan
1 cwn tepung serba guna
2 bji telor ayam
1/2 cawan susu segar
1/2 cawan air putih
1/4 cawan gula (law xsuka manis kurangkan lagi)
secubit garam
sedikit minyak for frying (kalau pakai non-stick pan xpayh minyak la)

Cara-cara menyediakan:
masukkan kesemua bahan diatas kecuali minyak kedalam mangkok besar dan kacau sehingga sebati dan adunan ni akn sedikit cair.. tp xpe mmg dia akn jadi mcm tu la.. ok.. then panaskan minyak dlm kuali dan tuang kire2 1/4 cwn adunan utk setiap lempeng.. so that xterlalu kecik n xterlalu besar.. law suke tebal ltak2 banyak2 pun xpe.. kemudian da masak blh dihidangkan dgn strawberry jem or cream. senang je kn? da boleh makan.. yuk!!
Cream n chocolate.. Van Hauten..





p/s: law nk mkn  dgn jem kurangkan la gula dlm adunan.

k selamat mencuba..

Wednesday, 18 April 2012

Makaroni Sup





(For 4-5 serving)
Bahan-bahan A (Macaroni):
1 peket macaroni
2 sudu besar minyak masak

Bahan-bahan B (Sup):
5 ulas bwng merah / 1 biji bwng besar saiz kecil
3 ulas bawang putih
1 ibu jari halia
1 ekor ayam dipotong kecil2 (dada sahaja)
1 batang lobak merah (saiz sederhan dan dihiris bulat2)
1 potong pokok kobis bunga
1 potong pokok brocolli (option... tapi kalau letak, sup jadi lagi sedap!!)
2-3 biji ubi kentang (dipotong kecil2)
1/3 peket rempah sup (campur sikit dengan air supaya jadi likat)
1 sup bunjut
2 kiub ayam knorr
sedikit minyak masak untuk menumis
garam, ajinomoto dan gula secukup rasa
1 pokok daun sadri & bawang goreng untuk hiasan

Bahan-bahan C (Kicap):
5 sudu besar Kicap Masin
1 sudu besar Kicap Manis
5-6 ulas cili padi (nak lagi pedas, tambah cili lagi..)

Cara2 membuatnya:
A. Macaroni  ·          Rebus air dalam periuk hingga mendidih.
·          Lepas tu masukkan macaroni tadi ke dalam air yang mendidih tu bersama-sama minyak.  Tujuannya supaya macaroni tu tak melekat dengan periuk tadi.  Tunggu sambil kacau macaroni tu sampai jadi lembut.
·          Bila dah lembut, tapiskan semua macaroni tu dalam penapis sambil dibilas dengan air paip/air sejuk.  Tujuannya supaya macaroni tu cepat sejuk dan tak melekat.
B. Sup·          Panaskan minyak dan tumiskan bawang merah, bawang putih dan halia yang telah dipotong hingga wangi dan kekuningan.
·          Masukkan rempah sup yang telah dicampurkan dengan air tadi dan ditumis.
·          Bila dah pecah minyak, bolehlah masukkan air hingga paras ¾ periuk tadi.
·  Masukkan ayam, sub bunjut dan ubi kentang ke dalam periuk dan biarkan ubi kentang empuk dan sup tu mendidih. (In between nak mendidih tuuu.. masukkanlah garam, pak aji, kiub ayam knorr dan rempah-ratus tambahan contohnya lada hitam kalau nak sup tu pedas sikit.  Kalau nak rasa manis2 sikit..letaklah gula.)
·          Bila dah mendidih dan kentang pun empuk, masukkan sayur-sayuran yang dipotong tadi - kobis bunga, lobak, dan broccoli.
·          Bila sayur-sayuran tu dah masak, bolehlah dihiaskan dengan sedikit bawang goreng dan daun sadri bagi menambahkan wangi pada sup tu..
C.  Kicap·          Potong cili padi ikut suka sendiri.  Hiris bulat2 pun boleh.  Kemudian, campurkan cili bersama-sama kicap masin dan manis tadi.
·          Kalau nak blendkan cili bersama kicap pun boleh.  Ikut selera sendirilahhh...
 Tips:1.      Bila nak makan nanti baru campurkan macaroni bersama sup dan kicap tuuu... tak dinasihatkan campur macaroni bersama sup tu sebab macaroni tu nanti serap semua air sup tu ... 


p/s: saya kalau masak main campak2 ajer...nanti adjustlah ikut selera masing2.. :-)