Saturday 31 March 2012

Laksa Asam Pulau Pinang


Image by Google.. xsempat snap ari tu.. 

 Laksa Asam Pulau Pinang


1 bungkus laksa - direbus hingga lembut, kemudian dibasuh dengan air sejuk dan toskan

Hiasannya
Timun, salad, bawang besar, daun ceylom dan pucuk gajus dihiris halus
Cili padi atau cili merah, dihiris halus
Sedikit daun pudina, petik daunnya sehelai-sehelai
Limau nipis dan telur rebus.

Kuahnya:-
1 kg ikan kembung atau tamban- (lebih sedap jika guna ikan parang) 
=>>direbus dengan 1liter air  bersama dengan 5 keping asam keping dan garam, asingkan tulang dan isinya kemudian dikisar.  Air tulangnya hendaklah ditapiskan.

1 ikat daun kesum, ambil daunnya sahaja
1 kuntum bunga kantan, belah dua
Sedikit air asam jawa
Garam dan serbuk perasa secukupnya

Bahan-bahan perencah (dikisar lumat)
10 biji bawang merah
5 biji bawang putih
10 - 15 biji cili kering
1 batang serai
sedikit kunyit dan halia
1 keping belacan - dibakar

Cara Memasak
1.      Didihkan air rebusan dan air tulang ikan tadi bersama bahan perencah, air asam jawa/asam keping, bunga kantan, daun kesum, garam dan serbuk perasa.
2.     Bila rempahnya telah masak, masukkan isi ikan dan renehkan atas api kecil selama 1 jam. 
3.     Kemudian bolehlah dihidangkan bersama-sama laksa dan ulamannya.

Thursday 29 March 2012

Mee Jawa


Mee Jawa Saya

MEE JAWA


Bahan-bahanya
500 gm mee kuning dicelur
sedikit taugeh, dicelur
2 biji cili merah, dihiris
sedikit daun sup dan daun bawang
2 biji telur rebus, dibelah 4
4 biji limau kasturi, dibelah 2

Cara Menyediakannya
1.      Sendukkan mee ke dalam mangkuk. 
2.     Taburkan bahan hiasannya dan tuangkan kuah. 
3.     Hidangkan.

Kuahnya
4 biji bawang putih, diketuk
1 senduk air asam jawa
Minyak untuk menumis
1 keping dada ayam, dihiris halus
150 gm udang basah, buang kulitnya
sedikit lada sulah
garam, gula  dan serbuk perasa
4 helai kobis
2 batang sayur sawi
½ batang lobak merah (carrot)
sedikit bunga kobis
4 -5 mangkuk air rebusan ayam + 2 sudu besar tepung jagung

Cara Menyediakannya
1.      Panaskan minyak, tumiskan bawang putih. 
2.     kemudian masukkan garam dan gula serta serbuk perasa secukup rasa, diikuti dengan isi ayam dan udang dan juga sedikit lada sulah.
3.     Masukkan air asam jawa. Kemudian masukkan sayur-sayuran dan akhir sekali air rebusan ayam yang telah dicampur dengan tepung jagung.
4.     Bila sayur telah empuk dan kuahnya pekat sedikit, bolehlah diangkat.  Hidangkan panas-panas.

Wednesday 28 March 2012

Lemon Chicken


LeMoN CHicKeN..Yummyyy..
Tadaaa.. Inilah hasilnya..



1st part: Ayam.. Yam.Yam.
500g daging ayam dipotong nipis
1 sudu besar garam ( kurangkan pon boleh)
1 sudu besar lada putih
1 biji telur
1 sudu besar gula (tanak buh pun xpe, I buh sbb mak I ajar dulu buh gula even sikit)
1 sudu besar minyak bijan
1 sudu besar tepung jagung

1.  Mula2, perap ayam bersama bahan bahan lain kecuali telur dan tepung jagung selama 20 minit.
2.  Pastu, celup dalam telur kemudian digolekkan atas tepung jagung dan digoreng.
3.  Susun cantik2 dlm pinggan

2nd part: 
Bahan Untuk Sos
200ml sos tomato
4 sudu besar air lemon
1 sudu besar cuka
4 sudu besar gula
3 sudu besar tepung jagun

1.     Campurkan kesemua bahan dan masak hingga mendidih.
2.     Kemudian tuangkan sos atas ayam yang digoreng tadi.

P/S: law nk garing lagi pun ok.. Since my dad bru tukar gg so I masak xgaring sangat.. but nice.. xcaye try la wat.. =)